Kronologi Kerjaku

2006 – Tukang Kutip Duit

2007 –  Pomen

2008 –  Cikgu Pomen

2009 –  Cikgu Pomen

2010 –  Juruteknik

.

.

.

.

.

.

2020 – Angkasawan

Generasi Ulangan Adiospunk

Generasi
tetap datang dan pergi
tetap runtuh dan tumbuh lagi
Memanglah demikian,
Seperti jam pasir ,
yang pernah menimbus di suatu waktu, akan pula tertimbus di waktu yang lain.

Dunia laksana silinder ramping buatan kaca
Dan kita adalah butir-butir pasir yang lolos dari terowong masa,
Kita tak menentukan apa-apa
Kita tak mengatur kosmos, justeru kosmoslah yang mengatur kita.

Bukan pasrah,
Tidak !! kita tidak menyerah.
Kita cuma generasi,
Kita pasir yang bergelunsuran,
kita hanyalah kuman.

Eh ! kamu,
cuba lihat di atas
masih ada butir-butir pasir berguguran

– Adiospunk

Berdialong dengan nafsu

Hi kamu.. aku mula menaip dengan sekotak rokok pall mall biru disisi dan lagu maher zain melalak di kotak speaker komputer aku

Aku mulakan enty ini dengan sesi berdialong dengan nafsu

nafsu: ko dah makan?

aku : dah baru je tadi, makan nasi lemak lauk ayam beb

nafsu: dah kenyang la?

aku: dah, sangat kenyang

nafsu: apalagi? nyalakan rokok itu dengan api

aku: ah, betul juga.. aku isap sekarang ya..

nafsu: nah api

aku: ahh…  asyik sekali

Dah lama aku tak memblog, bukan tiada idea, cuma malas hendak menaip.. aku sekarang lebih rela mengadap tv seris dan juga kartun bodoh di monitor aku, apatah lagi aku kerja sebagai buruh kasar sekarang ni.

terlalu banyak untuk aku cerita sekarang ni.. nanti akan aku taip satu persatu untuk entry akan datang

Update

Dengan ini saya update blog saya dengan menaip ayat ini dan meletak  gambar dibawah ini…

Sekian Terima Kasih

It’s hepi new year… !

Hepi New Year !

Habis sudah tahun 2009,  kini beralih kepada tahun 2010.. tulis tarikh di atas kertas tadi pun terasa janggal “01/01/10″

Setiap hujung taun, kalau jumpa kawan-kawan mesti akan keluar soalan feveret ” Apa azam hang taun depan”  aaaa.. azam aku taun ni nak cari keje, nak cari awek sorang, nak kawen, nak beli kereta, nak study betul-betul nak itu nak ini.. kalau dikumpulkan boleh buat novel azam-azam yang diorang ada

sambutan tahun baru bagi aku dah tak terasa seperti sebelum-sebelum ni, mungkin kerana faktor umur yang sikit lagi akan mencecah suku abad… hahahaha, jadi semalam acaranya adalah melepak bersama rakan-rakan di mapley  sehingga pukul 12 tgh malam.  ]

Nak balik lewat dah tak boleh kerana aku seorang pelajar sekarang ni. Balik lewat pulak akan mengharungi 2 3 roadblock yang diadakan oleh abang-abang polisan.

Semalam nak balik umah aku je kene lalau dua road block, alhamdulillah tak kena tahan, walaupun hati aku beriya-iya suruh ditahan pada road block kedua kerana akak polis yang comel berada disitu.

Kepada semua rakan-rakan aku.. selamat berusaha untuk mencapai azam masing-masing. aku harapkan tahun baru ini merupakan tahun permulaan yang baru bagi korang semua insyaAlllah

Selamat Tahun Baru 2010 yo !!

Quote of the year “Elaun Sibu”

Quote 1 :
Nanti elaun hangpa masuk, kena blanja kami makan kfc… elaun kami sikit 500 ja elaun hangpa sibu…

Quote 2:
Weh geng elaun sibu dah mai weh

Quote 3:
Nanti elaun kita masuk leh joli beb, elaun kita elaun sibu…

Jadi sapa-sapa yang nak merasai pengalaman seperti yang aku rasa, sila apply program insep di kismec, elaun sibu beb.. hahahaha

White Rose With Candy

*Damm I Miss Her So Much

Tidur

Kelopak mataku seperti ditarik-tarik

Mungkin Syaitan sedang berpaut

Aku perlu tidur, perlu rehat

Tidur seperti bayi

Esok perlu berperang dengan diriku sendiri

Selamat malam dunia

Selamat malam white rose

Selamat malam candy

Kita bersua lagi pada esok hari

Oh… maksud aku bila aku bangun nanti

JINSEI WA TABITO DESU!

Howdy wutedo,

Nak menaip, idea ada… cuma tak pasti bagaimana nak lampirkan di sini..

So here it goes..

JINSEI WA TABITO DESU!

Hito wa ikite iku kagiri, nagai nagai tabi wo tsudzukeru TABITO no youna mono. Sono tabi no naka de, ooku no hito kara, ooku no koto, samazama na koto wo kanji, manabi, seichou shite iku koto wa taisetsu na koto na no desu.

Benar seperti katanya,

HIDUP INI SATU KEMBARA!

Sepanjang kehidupan, manusia boleh diibaratkan sebagai pengembara yang sedang dalam kembara yang panjang. Dalam pengembaraan itu, banyak perkara, pelbagai ragam perkara akan dirasai, dipelajari dan dilalui daripada pertemuan dengan setiap manusia lain. Semua itu sebenarnya perkara yang penting untuk meningkatkan harga dan jati diri.

————————————————————————————————————————————————————————

Arghh!! rindu sangat aku pada umi..

“namida no mukou ni wa nani ga aru no kana”

-apakah yang ada, disebalik airmata itu?

Setelah apa yang berlaku semalam, menguatkan perasaan aku untuk menjaga dia, menguatkan pendirian aku untuk tidak sekali-kali melepaskan dia.

Aku tau, aku bersikap pelik.. tak sama macam orang lain. Maafkan aku umi dengan cara aku begini. Maafkan aku umi kerana menumpahkan air mata umi. Maafkan aku umi kerana tidak cuba memahami, ketika umi perlu aku mengerti. Gomenasai…

Keyakinan aku pada dia goyah untuk seketika. Tetapi kini aku yakin kembali dengan dia. Kerana aku nekad untuk memiliki dia.

Kalau ini dugaan yang perlu aku lalui, aku redha. Aku pasti kebahagiaan pasti akan muncul di penghujung nanti.

*Umi.. aku akan cuba untuk menjadi seperti mana yang umi nak..

I Just Want To Make U Happy

I Miss Her So Much

Rig Baru Saya

Howdy wutedo,

Assalamu’alaikum.. Alhamdulillah, akhirnya mampu jugak aku nak memiliki rig baru.. dalam entry sebelum ni aku dah cakap yang aku dah beli rig baru, cuma tak post kat sini sebab kabel management berterabur lagi, jadi semalam aku dah try sorok-sorok mana yang patut dan ini hasilnya:

Wayar yang serabut sebelum buat “pengurusan wayar”

Berseliratan dan berbelit-belit wayar kat depan


Aku dismantle balik semua hardware, cuci mana yang patut.. baru seminggu je on.. berdebu banyak gile… bole jadi  “dust Magnet” ni, dan aku pasang balik dengan sorok-sorok sket wayar mana yang boleh aku sorok, dan inilah hasilnya

Beling-beling in eksyen

Setup yang tak seberapa

Spec:

Proc : Q9400
Mobo :Gigabyte EP45-UD3R
Ram : CORSAIR Gaming Ram 2GB
Gc : Sapphire HD4850 VAPOR X/1G/DDR3/256Bit
Hdd : Western Digital Caviar Blue 500GB
Odd : LiteOn 24X DVDRW
Psu : SILVERSTONE ST50F-230 500W TRUE POWER MODULAR
Casing : Cm 690 PURE Black
Cpu Cooler : Xigmatek Dark Knight

My next target,

For Beauty:

1.Nak tukar fan depan dan belakang

2.Ram Cooler

3.CCFL warna putih kot

4.Sleeving Psu punya wayar

For Performance:

1.Ram seketul lagi.. try pakai dual channel lak

2.Hdd 500 gb lagi maybe…

3. proc QX9650 maybe.. hehehe

« Older entries