Aku Rindu

Posted in Hidup Aku on April 12, 2008 by wutedo

Aku Rindu Tempat Belajar Aku

Aku rindu nasi lemak lauk paru depan Ciast

Aku rindu nasi set kedai abe tomyam

Aku rindu tengok budak perempuan main capoiera dekat dataran bawah

Aku rindu roundbout yang banyak

Aku rindu jalan yang berlopak

Yaa.. Aku rindu SHAH ALAM !!!

Pelanggan Oh Pelanggan

Posted in Hidup Aku on April 11, 2008 by wutedo

Macam-macam ragam manusia yang wujud di atas muka bumi ini, boleh aku katakan macam-macam…. kerjaya aku untuk masa sekarang yang berhadapan dengan masyarakat umum dapat memberikan aku ruang dan kesempatan untuk melihat ragam manusia

ada yang baik, ada yang buruk, ada yang bagus dan ada juga yang berperangai macam tahi, tetapi ada satu situasi semalam yang membuatkan aku tergelak sendirian, seorang remaja perempuan muda atau boleh dikategorikan sebagai “awek” datang kepada cashier membayar duit untuk mengisi minyak.. aku yang berada di sebelah memerhatikan awek tersebut kerana begitu sombong sekali dan amat berlagak. mengapa awek tersebut berlagak.. mungkin kerana dia berasa dirinya amat cantik. mungkin kerana dirinya merasakan dia patut berlagak kerana dia memandu kereta nissan sentra ? hanya dirinya sahaja yang mengerti

aku pun memerhatikan diri awek tersebut berlalu ke keretanya, dan terus menyambung kerja aku, sejenak kemudian, aku terdengar bunyi riuh di luar.. aku pandang ke luar dan dapati “awek” tersebut tengah memekik di kaunter, mengatakan minyak tak keluar dari muncung pam nya.

aku dengan lagak machonya pergi ke kereta awek tersebut dan bertanyakan apakah masalahnya, awek tersebut dengak berlagaknya memarahi aku,

“Ni buat kerja camna ni”

“Apsal kak”

“Saya dah bayar duit kat kaunter, tapi minyak tak keluar pun, korang semua buat kerja macam mana ni”

“Mintak maaf la kak, tapi saya nak tanya la akak, kereta akak pakai diesel ke petrol”

“Petrol la, takkan pakai diesel pulak”

aku di dalam diri bagai nak meletup menahan ketawa

“Tapi kak, akak pegang pam diesel tu, memang la minyak tak keluar sebab kita set minyak petrol kat akak”

terus awek itu memandang pam di tangannya, dengan muka yang merah tersipu2 dia berkata

“Eh, saya silap”

aku terus masuk ke dalam stesen dan menyambung ketawa aku yang masih berada dalam perut untuk dilepaskan.. dalam hati aku berkata padam muka engkau, tu la berlagak sangat.

itu hanyalah salah satu ragam yang aku alami.. dan bermacam-macam ragam lagi aku tempuhi setiap hari, seronok jugak kerja yang berhadapan dengan masyarakat umum ni.

Terima Kasih Diriku

Posted in Hidup Aku on April 2, 2008 by wutedo

Baru tadi pukul 10.30 bersiap-siap nak ke ke kerja.. walaupun masih demam, aku gagahkan jua untuk bersiap ke tempat kerja.. setelah bersiap, aku hidupkan kereta(pinjam yang abah punya, nak beli sendiri belum mampu) dan terus bergerak ke tempat kerja

Sampai disana, aku lihat supervisor aku tercengang melihat kedatangan aku, aku macam biasa berjalan ke dalam pejabat untuk “Punch Card.  Lantas dia menegur aku,

“Eh, hang keja syif malam ka harini”

“Ha’ah, awat”

“Bukan ka hang keja petang ka harini”

“Eh, yaka.. sat nak pi tengok jadual”

“Aku ingatkan hang dok demam lagi, tu yang tak call tanya tu”

“‘ah sudah’..ngomel aku sendirian didalam hati”

aku berjalan ke tempat jadual kerja di tempek.. DAMM!!! rupanya aku keja petang harini.. camna boleh tak perasan ni. h*r*m j**a*(Sila isi tempat kosong XD) betul. Jadi secara official aku telah mencutikan diri aku sendiri untuk harini.

“Ah baliklah.. bukannya ada apa pon kat sini”.. terus aku ke kereta, hidupkan enjin kereta memandu pulang, masuk ke bilik bukak komputer tukar baju dan terus menaip entry untuk blog pada hari ini. dan malam ni mungkin aku tak boleh nak tidur lagi sebab terlalu banyak tidur dek penangan ubat selsema siang tadi

Terima kasih kepada diriku, kerana memberikan cuti kepada diriku sendiri untuk hari ini.. kalau dihitung cuti aku, 1 hari cuti mingguan aku + 1 hari cuti demam + 1 hari cuti sendiri = 3 hari.  ini baru betul-betul cuti namanya.

Terima kasih Edo….

Busuk hati dan ditipu.

Posted in Hidup Aku on March 31, 2008 by wutedo

“Your forum closed due to illegal contents reported by someone.”

Sapa la yang gatal tangan gi report.. forum ni bukan nya di hebahkan ke luar malaysia pon. rata-rata pengunjung forum ni terdiri dari rakyat malaysia sendiri jugak. jadi peratusan report ni datang dari rakyat malaysia jugak adalah tinggi. mengapa perlu report ??

Forum ni bukannya ada sharing bahan porno pon dalam forum tu, cuma beberapa link mendownload movie dan jugak lagu sahaja. yang lain hanya lebih kepada perbincangan dan jugak tempat melepak para pengunjung untuk bersuka ria dan melepaskan tekanan Memang susah kalau wujud manusia busuk hati ni, suka melihat kejatuhan orang lain dan bergembira dengan kejayaan tersebut

pastu aku tanya Matz

“weh ko email admin dia, dia balas apa”

“dia balas 1/4/2008″

“laa, bersungguh aku ingat kene tutup”

dan akhirnya aku telah sedar bahawasanya kena tipu.. elok lak tarikh esok 1/4/2008… chet busuk punya olang.

aku gelak sendirian…

hahaha.. tak sangka terkena gak aku

Mengapa

Posted in Uncategorized on March 27, 2008 by wutedo

Mengapa kelajuan proses muat turun aku semakin hari semakin perlahan ?

Mengapa jumlah muat turun movie aku semakin berkurangan ?

Terima kasih Tmnet Streamyx (a.ka Tmnut, Screamyx, Snailmyx) yang merupakan “Internet Service Provider” kepada rumah aku. servis korang kepada semua rakyat malaysia amat bagus sekali ( Betul ke?). Mula-mula korang throttle semua p2p service.. dan sekarang korang nak kurangkan kelajuan direct download jugak ke? Susah betul aku nak download movie sekarang ni. satu movie pon memakan masa lebih kurang 5-6 jam.. yang dahulujan satu jam setengah boleh siap!!!

Inilah akibatnya jika kerajaan tak nak bagi peluang pada syarikat lain untuk bersaing dalam bidang penyediaan perkhidmatan internet ini. sayang sangat pada tmnet dia tu. adui.. aku hanya mampu mengeluh dan menerima semua ini dengan rasa berat hati. kerana engkaulah satu-satunya punca untuk aku meninjau lautan maya di malaysia ini.

Sudah Pagi

Posted in Hidup Aku on March 26, 2008 by wutedo

Mak: kalau tak boleh tido malam tu baik pegi surau

Aku: Buat ape?

Mak: Diorang ade buat majlis rukun tetangga, kawal kawasan taman ni, boleh jugak ko pegi kenal-kenal org

Aku: Isy.. malam ni nak tido awal la mak..

Mak : Suka hati ko lah.

Aduh.. jam sudah menunjukkan pukul 6.05 am.. tak tido awal jugak pon. sekejap lagi masuk waktu subuh, solat pastu terus tido.. kejap lagi pukul 3 nak bangun pegi keje. Shit!! apsal aku takleh nak tido malam? ni semua salah bos aku, suruh la lagi keje malam.. sampai sekarang efek dia terasa.. mata ni tak boleh nak pejam. tapi nak buat camna.. aku hanya makan gaji, bekerja untuk diperas, dikerah sehabis tenaga aku. apa boleh buat. duit mesti dicari, nak cari sesuap nasi.

p/s: kan bagus kalau aku ikut cakap mak aku tadi

Hahaha!!!

Posted in Uncategorized on March 26, 2008 by wutedo

Tetiba rasa macam  nak mengaktifkan diri menulis blog.. hahahaha.. aku gelak pada diri sendiri

Kalimah LailahaillAllah

Posted in Santapan Rohani with tags on August 29, 2007 by wutedo

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy.

Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak patuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka.

Maka berkatalah burung-burung itu… “wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan”.

Bertanya malaikat “Apakah permintaan itu?”.

Berkata burung-burung itu, “Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini”. Berkata malaikat itu”baiklah aku akan sampaikan kepada Allah”. Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.”

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil
berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.