Archive for the Uncategorized Category

Akhirnya

Posted in Uncategorized on May 1, 2008 by wutedo

Setelah hampir sebulan aku menanggung seksa kerana ketiadaan sambungan internet pada rumah aku, akhirnya dengan selesanya dapat aku mengetip keyboard aku kembali..

Aku Terseksa !!

Posted in Uncategorized on April 19, 2008 by wutedo

modem rumahku disambar petir. oleh itu aku mengalami kesukaran untuk online. semasa menaip entry ini aku menggunakan gajet putih aku untuk menaip. Ianya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyudahkan entry kali ini.
Yaa memang seksa

Sekian terima kasih

Mengapa

Posted in Uncategorized on March 27, 2008 by wutedo

Mengapa kelajuan proses muat turun aku semakin hari semakin perlahan ?

Mengapa jumlah muat turun movie aku semakin berkurangan ?

Terima kasih Tmnet Streamyx (a.ka Tmnut, Screamyx, Snailmyx) yang merupakan “Internet Service Provider” kepada rumah aku. servis korang kepada semua rakyat malaysia amat bagus sekali ( Betul ke?). Mula-mula korang throttle semua p2p service.. dan sekarang korang nak kurangkan kelajuan direct download jugak ke? Susah betul aku nak download movie sekarang ni. satu movie pon memakan masa lebih kurang 5-6 jam.. yang dahulujan satu jam setengah boleh siap!!!

Inilah akibatnya jika kerajaan tak nak bagi peluang pada syarikat lain untuk bersaing dalam bidang penyediaan perkhidmatan internet ini. sayang sangat pada tmnet dia tu. adui.. aku hanya mampu mengeluh dan menerima semua ini dengan rasa berat hati. kerana engkaulah satu-satunya punca untuk aku meninjau lautan maya di malaysia ini.

Hahaha!!!

Posted in Uncategorized on March 26, 2008 by wutedo

Tetiba rasa macamĀ  nak mengaktifkan diri menulis blog.. hahahaha.. aku gelak pada diri sendiri