Archive for the Hidup Aku Category

Hepi

Posted in Hidup Aku on December 22, 2009 by wutedo

Howdy wutedo,

Waktu : Ketika balik rumah time break tadi

Tempat : Bilik Aku

Aku : *Masuk dalam bilik untuk mandi, lantas ternampak sandal baru kat dalam bilik aku, lantas bertanya kepada mama*

Ma, sapa beli sandal ni?

Mama : Sapa lagi hantar, K’sih awak ler ?

Aku : *Kebingungan sebentar… cuba men”intrepetasi” input yang baru mama bagi sebentar tadi.*

ada orang pos ke sandal ni?

Mama : La.. ctita pasal sandal ke? ingatkat pasal surat.. tu ada surat atas meja…

Aku : *Terus masuk bilik, tgk ada sampul surat kat atas meja.. aku belek surat tersebut.. tgk siapa pengirimnya..  tersenyum aku sendirian dengan perasaan berbunga-bunga pabila dapat tahu sapa pengirim dia*

*Terima kasih kepada pengirim surat tersebut, aku sangat-sangat menghargai usaha dan kreativiti yang dicurahkan ke atas kad yang dihantar. Aku harap aku dapat balas semua tu bila ada kesempatan nanti InsyaAllah


Love u to *hugs*


Baju Punya Hal..

Posted in Hidup Aku on December 21, 2009 by wutedo

Dia : Nah baju awak

Aku : Eh kak..Cikgu…Cik… sori, ni lengan panjang punya baju.. saya mintak lengan pendek kan?

Dia : Lengan pendek takde, ada lengan panjang je

Aku:  “muka tensen”

Dia : awak kena tambah lagi 4 ringgit sebab lengan panjang

Aku :*Monolong di dalam hati* bangang punya pengurusan. benda kecik camni pun takleh setel ke? aku mana suka pakai t-shirt lengan panjang.. panas beb.

Dia : *Masih menunggu duit 4 Ringgit tu

Aku : Saya balik try dulu cik.. nanti esok saya bagi jawapan

Dia : Blah dari kehidupan aku untuk hari ini

One Bad Day….

Posted in Hidup Aku on December 20, 2009 by wutedo

Howdy Wutedo,

CERITA SATU

Assalamu’alaikum.. dalam entry sebelum ni aku ada cerita yang aku exited pada petang hari pendaftaran aku kat kismec kan?

Sebenarnya aku teruja sebab nak pegi collect Rig baru aku kat penang.. tapi.. satu benda yang tak best dah jadi kat aku..

Aku terlibat dalam kemalangan kecik pada petang tersebut, sebuah trailer telah menggesel-gesel manja pada pintu belakang kereta aku.. sialan betul la, abes terkeluar cat rangka pintu kete aku, kemek sket kat pintu

Kalau nak ikut salah, dua-dua salah.. tapi yang aku tak puas hati driver lori tu cakap kurang hajar, nasib baik aku berlembut, bersabar.. last2 dia lak yang mintak maaf kat aku. Aku pun ok la balik

CERITA DUA

Sehari selepas penggeselan manja aku dengan lori trailer, umi pulak melakukan aksi penciuman ghairah dengan kereta..

KRONOLOGI

11.41 am – aku dapat sms ringkas je yang mengatakan dia “accident”

11.41 am – 12.30 pm – Cubaan menalifon umi dan jugak family dia gagal, tak diangkat talifon.. aku dah betul-betul cuak beb.. dalam pala otak aku dah terbayang macam-macam dah.

1.45  pm – Dapat sms lagi dari umi yang mengatakan dia terlanggar kereta pada satu simpang dekat dengan rumah dia, aku dah sedikit lega dapat sms tiu, tapi still risau sebab tak tau keadaan umi camna

2.30 pm – Umi bagitau aku yang dia berada di balai polis untuk buat report

4.00 pm – Satu sms dari umi diterima menyatakan bahawa dia sudah selamat sampai dirumah, aku suruh dia rehat, tapi dia cakap dia perlu keluar untuk menyelesaikan sesuatu hal

5.00 pm – Aku kol umi, dan umi telah menceritakan segalanya…

*Alhamdulillah, semuanya selamat takde sesapa yang cedera, tapi ada kisah lain yang membuatkan umi sedih dan “MENYESABUTKAN” kepala umi yang tak perlu aku nyatakan kat sini.

New Chapter

Posted in Hidup Aku on December 14, 2009 by wutedo


Howdy, Wutedo…..

Assalamu’alaikum w.b.t, it’s been a while since my last update on my blog… been busy with errand and home chores..

Harini, bertarikh 14 Disember 2009, aku akan memulakan chapter baru dalam kehidupan aku, aku tak lagi mengganggur, aku dah dapat tawaran buat short course dekat kolej kerajaan negeri kedah, dekat jer ngan umah aku ni.. setelah bergiat aktif menanam anggur dirumah selama lebih 2 bulan, akhirnya i’ve got something to do… for now..

Aku dapat tawaran untuk menerima program INSEP di KISMEC kedah dalam bidang “Advanced Electric and Electronic In Automative”.  (Korang leh klik logo kat atas untuk redirect ke website dia) Kiranya kesinambungan atas apa yang aku dah blajar sebelum ni la. Dah la dapat sambung study, dapat lak elaun rm 1k sebulan.. dah macam keje dah, so sebat je la sementara nak tunggu mana-mana tawaran kerja yang menarik insyaAllah.

Waktu untuk pendaftaran adalah dari pukul 9.30 am – 12.30 pm japgi, so skang ni boleh la lepak2 jap. Terima kasih pada umi sebab selama aku tade wat pape kat umah ni, dia sanggup layan aku dan teman aku untuk hilangkan kebosanan aku..

So, that’s for now.. i will update korang semua (macam ramai je baca blog aku hahahaha)


* Aku tak exited sangat pun pasal kismec ni, sebab barang yang aku nak amek petang ni lagi membuatkan aku exited..

Dah Jahanam…..

Posted in Hidup Aku on November 3, 2009 by wutedo

 

Howdy wutedo…

Pc aku jahanam lagi… demm!!, baru je “revive” kan ia bulan sembilan aritu.. dah jahanam balik.. kalini aku dah fedap nak repair balik, nak beli desktop baru truih.. Rasanya masa upacara menghidupkan balik pc tu aku aritu dah abeh duit pengeras dekat 300 gak la.. ingatkan leh la tahan setaun dua lagi, ni dak tak sampai 3 bulan dah jahanam balik.

Arghh.. keterpaksaan membuat rig baru gak la.. rig lama aku tu dah berjasa sejak taun 2003 lagi dekat 5 taun dah, jadi aku, anggap dia dah tua, tak larat.. mak aku pun cakap camtu, umi lagi la menyokong cakap mak. Memang patut dia kaput kan ?

Dulu taim keje tak terasa sangat takde pc ni.. sejak-sejak kembali menjadi penanam anggur tanpa tauliah ni baru la terasa sungguh kalau takde desktop..

Camna nak donlod house ngan heroes ari selasa, bleach ari khamis, supernatural ari jumaat, gossip girl ari sabtu.. inglorius basterd pun tak terdonlod lagi.. yaa mungkin aku memang pendownload tegar?

Jadi kawan-kawan, kalau ada teringin nak tolong aku, leh mintak acc maybank aku untuk bagi sumbangan pada aku untuk buat pc baru ya….

Aku Dah Teruk !!

Posted in Hidup Aku on October 31, 2009 by wutedo

Assalamu’alaikum

Rasanya dah lama aku tak update blog aku ni.. (Gilo.. setaun tak update, baru prasan heh..) maaf kepada semua, maaf kepada diri aku sendiri… kekadang aku rasa bukan jiwa aku untuk “memblog” kan diri aku.. tapi kadang-kadang aku rasa aku perlu meluahkan apa yang aku rasa, contohnya seperti pagi ni.. aku rasa aku perlu mengetip “keyboard” aku untuk meluahkan apa yang terbuka dalam hati dan otak aku sekarang ni. ada beberapa perkara teruk yang telah aku buat.. So here it goes…

1. Aku rasa aku dah teruk sebab last post aku yang setahun lalu, aku ada cakap yang aku akan bagitau kat dalam ni apa kerja baru yang aku dapat. Jadi selepas setahun lebih dengan segannya aku nak bagitau korang yang aku telah dilantik sebagai salah seorang tenaga pengajar kontrak di sebuah ilp di utara tanah air.. dekat setaun baru nak bagitau heh…
TERUK KAN AKU ???

2. Cukup setaun, aku dah tak mengajar kat sana sebab kontrak aku dah habis, habis madu sepah diterajang… jadi sekarang aku tengah melepakkan diri di rumah menolong orang tua aku menyiapkan kerja-kerja rumah yang masih terbengkalai.. kiranya jadi anak mithali kontrak la kejap kot.. hahahaha. Dah abeh kontrak baru nak bagitau heh…
TERUK KAN AKU ???

3. Perkara paling TERUK aku dah buat untuk taun ni terjadi pada hari ini.. aku dah melenyapkan,menghancurkan kepercayaan seseorang pada aku. Segala janji-janji aku pada dia telah aku hancurkan pada malam ini. Dia cakap dia maafkan aku, tapi aku tau jauh disudut hati dia, dia dah kecewa dengan sikap aku. Aku salah, aku terlalu pentingkan diri, mengikut perasaan TERUK aku, maafkan aku, aku berjanji pada dia dan paling penting pada diri aku sendiri, aku akan berubah menjadi lebih baik untuk dia. Aku sayang dia, aku sayang sangat-sangat pada dia. dan korang yang tersesat masuk dalam blog aku menjadi saksi.
TERUK KAN AKU ???

~Demmit!!! aku rasa serabut gile skang ni.. Camna nak buat ni… umi tolong !!!!!! ~

*Sekian entry pendek aku untuk kali ni, mungkin selepas ni aku akan mula mengaktifkan diri menjamu korang dengan tulisan bosan aku, aku akan cuba mencari idea untuk membosan kan lagi korang OK

Lagi Dua Hari

Posted in Hidup Aku on September 16, 2008 by wutedo

Lagi dua hari aku akan bekerja dekat tempat sekarang ni, kerana aku telah meletakkan jawatan aku sebagai tutor kat situ. selepas itu aku akan berehat lebih kurang 14 hari, seterusnya akan memulakan kerja baru. Kerja apa, nanti aku akan letak dalam post yang akan datang.. uuuuuuuuu!!!! suspen suspen.. okohkohkohkohkoh

Kerja Oh Kerja

Posted in Hidup Aku on September 3, 2008 by wutedo

Assalamu’alaikum dan selamat berpuasa kepada semua

Rasanya lama betul aku tak meng”update” kan blog aku, secara jujurnya aku memang kekeringan idea+takdan masa+semak kepala+serabut perut dengan hidup aku selama ini, pelbagai situasi yang terjadi dalam masa aku menghilang seketika ini.

Buat masa sekarang memang aku dah dapat satu kerja yang baru.. kerja yang lebih baru selepas aku bekerja dengan abang man (pakku zul okhokohkohkohkoh), well keje baru aku ni memang memerah otak aku berfikir tanpa henti untuk hari esok. kekadang aku terpikir nak keje senang gaji kecik atau nak keje susah gaji besar.. aku memang benci keje aku sekarang ni.. demmit!!

Sebab apa aku benci ?

1. Pengurusan tempat keje aku ni memang aku geram gila, memang aku rasa pengurusan yang paling teruk sepanjang aku pernah bekerja. Bayangkan claim rm 30 pun sampai sebulan pun belum dapat tuntut lagi.. bila mintak ade je alasan dia, bos belum masukkan lagi la, itu la ini la

2. Bos aku ni perempuan, ego dia mak aihh tinggi sungguh. suka putar belit, suka tipu orang. tapi nak buat camna aku niat keje kat situ nak kutip nak ambik nak sedut seberapa banyak pengalaman yang aku boleh dapat. Jadi aku tabahkan diri aku untuk bertahan disitu. Ye la sampai bila nak keje senang.. kalau nak keje senang, keje sendiri la kan.

3. Student aku tak reti bahasa, kurang sopan.. umur semua boleh dikatakan remaja, tapi perangai mengalahkan budak dejah 1. even worst boleh aku kategorikan macam budak-budak tadika. Nak marah lebih-lebih kang mengadu kat bos aku. karang aku jugak kena basuh”awak tak boleh marah lebih-lebih nanti student lari” “awak jangan buat macam itu jangan buat macam ini” kalau dah cara saya control budak awak tak suka, jangan la nak bambu aku dengan kata tak reti nak kerja. Abis cara aku try tekel diorang.. tapi kalau dah jenis tak reti bahasa+tak makan saman takleh nak buat ape dah. Harap kepala je besar otak kecik. hampeh!!

4. Keje nak cepat, suruh buat itu, suruh buat ini. sBagi keja pagi ni.. petang dah nak tgk.. ingat aku takde keje lain ke nak buat. korang bayangkan buat meeting kekadang tu sampai tiap2 hari. masa abuat meeting ade keje yang suruh dibuat. Ikut dan kepala dia ja. keje yang dia bagi waktu meeting semalam pun tak sempat nak siap.. dok kejan suruh buat cepat2 ingat aku ni robot ke ape.

Tapi itulah lumrah pekerjaan, kalau takdak cabaran bukan kerja la namanya kan.. macam aku kata tadi kalau nak keje senang keje sendiri la, awak jadi bos awak la jadi kuli.. bak kata unkel ” Apa Nak Dikata” hahahaha..

Aku Sudah Tidak Serabut

Posted in Hidup Aku on June 9, 2008 by wutedo

Esok aku akan start kerja baru, dengan itu aku telah berjaya membebaskan diri aku dengan keserabutan yang melanda sejak sebulan lalu..

terima kasih abang man

Tolong Ubah Attitude Anda

Posted in Hidup Aku on May 2, 2008 by wutedo

Aku baru je balik hantar member aku eksiden tadi, kesian kat dia dah la rumah dia jauh, takde sape pon yang nak jaga dia.. nasib baik family PAK KU sanggup ambik dia bawak balik dan jaga dia..

teruk jugak la luka dia, muka abis calar.. ada sedikit lubang di dahi sebelah kanan, lutut kene jahit lima jarum.. dan bonus calar-calar di seluruh badan.. camna dia boleh eksiden aku pun tak pasti sangat.. dengar kata kengkawan ada satu kereta yang nak belok tak bagi signal. dia yang berada dijalan yang betul terus melanggar kereta terbabit. luka itu datang dari impak perlanggaran dia bersama kereta tadi.

takpela, eksiden satu hal, selesai la bab eksiden tu. ni pasal pegi hospital pulak. sampai kat hospital lebih kurang pukul 6.45. tunggu dekat 2 jam baru ler kawan aku tu dia panggil masuk, cuci luka, jahit luka.. BAPAK LEMBAB GILA !! kalau nazak tu kompom mati dulu kawan aku tadi. kalau keadaan kat situ sibuk, patient ramai takde la rasa terkilan sangat.. ade la 2 orang kot tadi yang sama-sama tunggu ngan aku tadi. Bayangkan tunggu dekat 2 jam baru nak boleh masuk jumpa dokter.. darah dah meleleh2 kat muka dia.

Tukang isi nama dalam pc pon terhegeh-hegeh.. aku rasa kawan aku yang tengah sakit tu bagi dia menaip lagi laju rasanya dari tukang isi nama dalam pc tadi. Tak puas hati betul dengan servis spital kerajaan ni. tau la murah, tapi takkan la sampai camtu skali lembabnya.

ubah ler sket perangai tu wahai misi2 yang berkenaan

apedaa… tak best langsung