Archive for October, 2009

Aku Dah Teruk !!

Posted in Hidup Aku on October 31, 2009 by wutedo

Assalamu’alaikum

Rasanya dah lama aku tak update blog aku ni.. (Gilo.. setaun tak update, baru prasan heh..) maaf kepada semua, maaf kepada diri aku sendiri… kekadang aku rasa bukan jiwa aku untuk “memblog” kan diri aku.. tapi kadang-kadang aku rasa aku perlu meluahkan apa yang aku rasa, contohnya seperti pagi ni.. aku rasa aku perlu mengetip “keyboard” aku untuk meluahkan apa yang terbuka dalam hati dan otak aku sekarang ni. ada beberapa perkara teruk yang telah aku buat.. So here it goes…

1. Aku rasa aku dah teruk sebab last post aku yang setahun lalu, aku ada cakap yang aku akan bagitau kat dalam ni apa kerja baru yang aku dapat. Jadi selepas setahun lebih dengan segannya aku nak bagitau korang yang aku telah dilantik sebagai salah seorang tenaga pengajar kontrak di sebuah ilp di utara tanah air.. dekat setaun baru nak bagitau heh…
TERUK KAN AKU ???

2. Cukup setaun, aku dah tak mengajar kat sana sebab kontrak aku dah habis, habis madu sepah diterajang… jadi sekarang aku tengah melepakkan diri di rumah menolong orang tua aku menyiapkan kerja-kerja rumah yang masih terbengkalai.. kiranya jadi anak mithali kontrak la kejap kot.. hahahaha. Dah abeh kontrak baru nak bagitau heh…
TERUK KAN AKU ???

3. Perkara paling TERUK aku dah buat untuk taun ni terjadi pada hari ini.. aku dah melenyapkan,menghancurkan kepercayaan seseorang pada aku. Segala janji-janji aku pada dia telah aku hancurkan pada malam ini. Dia cakap dia maafkan aku, tapi aku tau jauh disudut hati dia, dia dah kecewa dengan sikap aku. Aku salah, aku terlalu pentingkan diri, mengikut perasaan TERUK aku, maafkan aku, aku berjanji pada dia dan paling penting pada diri aku sendiri, aku akan berubah menjadi lebih baik untuk dia. Aku sayang dia, aku sayang sangat-sangat pada dia. dan korang yang tersesat masuk dalam blog aku menjadi saksi.
TERUK KAN AKU ???

~Demmit!!! aku rasa serabut gile skang ni.. Camna nak buat ni… umi tolong !!!!!! ~

*Sekian entry pendek aku untuk kali ni, mungkin selepas ni aku akan mula mengaktifkan diri menjamu korang dengan tulisan bosan aku, aku akan cuba mencari idea untuk membosan kan lagi korang OK