Kerja Oh Kerja

Assalamu’alaikum dan selamat berpuasa kepada semua

Rasanya lama betul aku tak meng”update” kan blog aku, secara jujurnya aku memang kekeringan idea+takdan masa+semak kepala+serabut perut dengan hidup aku selama ini, pelbagai situasi yang terjadi dalam masa aku menghilang seketika ini.

Buat masa sekarang memang aku dah dapat satu kerja yang baru.. kerja yang lebih baru selepas aku bekerja dengan abang man (pakku zul okhokohkohkohkoh), well keje baru aku ni memang memerah otak aku berfikir tanpa henti untuk hari esok. kekadang aku terpikir nak keje senang gaji kecik atau nak keje susah gaji besar.. aku memang benci keje aku sekarang ni.. demmit!!

Sebab apa aku benci ?

1. Pengurusan tempat keje aku ni memang aku geram gila, memang aku rasa pengurusan yang paling teruk sepanjang aku pernah bekerja. Bayangkan claim rm 30 pun sampai sebulan pun belum dapat tuntut lagi.. bila mintak ade je alasan dia, bos belum masukkan lagi la, itu la ini la

2. Bos aku ni perempuan, ego dia mak aihh tinggi sungguh. suka putar belit, suka tipu orang. tapi nak buat camna aku niat keje kat situ nak kutip nak ambik nak sedut seberapa banyak pengalaman yang aku boleh dapat. Jadi aku tabahkan diri aku untuk bertahan disitu. Ye la sampai bila nak keje senang.. kalau nak keje senang, keje sendiri la kan.

3. Student aku tak reti bahasa, kurang sopan.. umur semua boleh dikatakan remaja, tapi perangai mengalahkan budak dejah 1. even worst boleh aku kategorikan macam budak-budak tadika. Nak marah lebih-lebih kang mengadu kat bos aku. karang aku jugak kena basuh”awak tak boleh marah lebih-lebih nanti student lari” “awak jangan buat macam itu jangan buat macam ini” kalau dah cara saya control budak awak tak suka, jangan la nak bambu aku dengan kata tak reti nak kerja. Abis cara aku try tekel diorang.. tapi kalau dah jenis tak reti bahasa+tak makan saman takleh nak buat ape dah. Harap kepala je besar otak kecik. hampeh!!

4. Keje nak cepat, suruh buat itu, suruh buat ini. sBagi keja pagi ni.. petang dah nak tgk.. ingat aku takde keje lain ke nak buat. korang bayangkan buat meeting kekadang tu sampai tiap2 hari. masa abuat meeting ade keje yang suruh dibuat. Ikut dan kepala dia ja. keje yang dia bagi waktu meeting semalam pun tak sempat nak siap.. dok kejan suruh buat cepat2 ingat aku ni robot ke ape.

Tapi itulah lumrah pekerjaan, kalau takdak cabaran bukan kerja la namanya kan.. macam aku kata tadi kalau nak keje senang keje sendiri la, awak jadi bos awak la jadi kuli.. bak kata unkel ” Apa Nak Dikata” hahahaha..

2 Responses to “Kerja Oh Kerja”

  1. keje la elok2 edo..segala ujian jadikan pengalaman..good luck to you!!maksu sentiasa doakan edo berjaya..

  2. tq maksu… akan saya jadikan panduan

Leave a Reply