Archive for May, 2008

Empat Menet

Posted in Muzik with tags , on May 4, 2008 by wutedo

Aku ni bukan la peminat Madonna tapi aku tak tau kenapa, aku suka sangat lagu 4 minutes yang dinyanyikan oleh madonna feat justin timberlake and timbaland.. sungguh catchy rentak dia.. buat aku rasa nak joget-joget je dalam bilik ni..

bukan nak mengangungkan muzik diorang tetapi entahlah hari-hari aku pasang dan ulang dengar, selagi aku tak jemu selagi tu aku dengar.

Tolong Ubah Attitude Anda

Posted in Hidup Aku on May 2, 2008 by wutedo

Aku baru je balik hantar member aku eksiden tadi, kesian kat dia dah la rumah dia jauh, takde sape pon yang nak jaga dia.. nasib baik family PAK KU sanggup ambik dia bawak balik dan jaga dia..

teruk jugak la luka dia, muka abis calar.. ada sedikit lubang di dahi sebelah kanan, lutut kene jahit lima jarum.. dan bonus calar-calar di seluruh badan.. camna dia boleh eksiden aku pun tak pasti sangat.. dengar kata kengkawan ada satu kereta yang nak belok tak bagi signal. dia yang berada dijalan yang betul terus melanggar kereta terbabit. luka itu datang dari impak perlanggaran dia bersama kereta tadi.

takpela, eksiden satu hal, selesai la bab eksiden tu. ni pasal pegi hospital pulak. sampai kat hospital lebih kurang pukul 6.45. tunggu dekat 2 jam baru ler kawan aku tu dia panggil masuk, cuci luka, jahit luka.. BAPAK LEMBAB GILA !! kalau nazak tu kompom mati dulu kawan aku tadi. kalau keadaan kat situ sibuk, patient ramai takde la rasa terkilan sangat.. ade la 2 orang kot tadi yang sama-sama tunggu ngan aku tadi. Bayangkan tunggu dekat 2 jam baru nak boleh masuk jumpa dokter.. darah dah meleleh2 kat muka dia.

Tukang isi nama dalam pc pon terhegeh-hegeh.. aku rasa kawan aku yang tengah sakit tu bagi dia menaip lagi laju rasanya dari tukang isi nama dalam pc tadi. Tak puas hati betul dengan servis spital kerajaan ni. tau la murah, tapi takkan la sampai camtu skali lembabnya.

ubah ler sket perangai tu wahai misi2 yang berkenaan

apedaa… tak best langsung

Akhirnya

Posted in Uncategorized on May 1, 2008 by wutedo

Setelah hampir sebulan aku menanggung seksa kerana ketiadaan sambungan internet pada rumah aku, akhirnya dengan selesanya dapat aku mengetip keyboard aku kembali..