Macam-macam ragam manusia yang wujud di atas muka bumi ini, boleh aku katakan macam-macam…. kerjaya aku untuk masa sekarang yang berhadapan dengan masyarakat umum dapat memberikan aku ruang dan kesempatan untuk melihat ragam manusia
ada yang baik, ada yang buruk, ada yang bagus dan ada juga yang berperangai macam tahi, tetapi ada satu situasi semalam yang membuatkan aku tergelak sendirian, seorang remaja perempuan muda atau boleh dikategorikan sebagai “awek” datang kepada cashier membayar duit untuk mengisi minyak.. aku yang berada di sebelah memerhatikan awek tersebut kerana begitu sombong sekali dan amat berlagak. mengapa awek tersebut berlagak.. mungkin kerana dia berasa dirinya amat cantik. mungkin kerana dirinya merasakan dia patut berlagak kerana dia memandu kereta nissan sentra ? hanya dirinya sahaja yang mengerti
aku pun memerhatikan diri awek tersebut berlalu ke keretanya, dan terus menyambung kerja aku, sejenak kemudian, aku terdengar bunyi riuh di luar.. aku pandang ke luar dan dapati “awek” tersebut tengah memekik di kaunter, mengatakan minyak tak keluar dari muncung pam nya.
aku dengan lagak machonya pergi ke kereta awek tersebut dan bertanyakan apakah masalahnya, awek tersebut dengak berlagaknya memarahi aku,
“Ni buat kerja camna ni”
“Apsal kak”
“Saya dah bayar duit kat kaunter, tapi minyak tak keluar pun, korang semua buat kerja macam mana ni”
“Mintak maaf la kak, tapi saya nak tanya la akak, kereta akak pakai diesel ke petrol”
“Petrol la, takkan pakai diesel pulak”
aku di dalam diri bagai nak meletup menahan ketawa
“Tapi kak, akak pegang pam diesel tu, memang la minyak tak keluar sebab kita set minyak petrol kat akak”
terus awek itu memandang pam di tangannya, dengan muka yang merah tersipu2 dia berkata
“Eh, saya silap”
aku terus masuk ke dalam stesen dan menyambung ketawa aku yang masih berada dalam perut untuk dilepaskan.. dalam hati aku berkata padam muka engkau, tu la berlagak sangat.
itu hanyalah salah satu ragam yang aku alami.. dan bermacam-macam ragam lagi aku tempuhi setiap hari, seronok jugak kerja yang berhadapan dengan masyarakat umum ni.